KLIK UNTUK SEMAK

Rakan Facebook

Tentang Gagasan Melayu Perak

Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.


VISI :
Berusaha untuk menyatukan melayu khasnya di negeri Perak demi hak melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan dan mempertahankannya bahkan memajukannya serta kedaulatan Raja-Raja dan Agama Islam

Saturday, 23 June 2012

HASUTAN DONG ZONG MENGAITKAN ISU KEPENTINGAN PENDIDIKAN CINA DIABAIKAN KERAJAAN PUSAT

GMP DAN MPM
TELAH BERSEDIA

PRESIDENT GAGASAN MELAYU PERAK (GMP) dan merupakan juga PENGERUSI BIRO POLITIK DAN GOVERMENTS MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM) menyelar Persatuan JawatanKuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (DONG ZONG) yang dikatakan cuba mengelirukan masyarakat Cina kononnya kerajaan mengetepikan sistem pendidikan Cina di Malaysia.


perkara ini berkait dari kegagalan mematuhi peraturan asas sekolah swasta di pahang yang lepas

Sumber dari
UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts