KLIK UNTUK SEMAK

Rakan Facebook

Tentang Gagasan Melayu Perak

Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.


VISI :
Berusaha untuk menyatukan melayu khasnya di negeri Perak demi hak melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan dan mempertahankannya bahkan memajukannya serta kedaulatan Raja-Raja dan Agama Islam

Monday 16 April 2012

BERSATU PADU MEMPERJUANGANKAN HAK-HAK ORANG MELAYU

ADAKAH KITA SEMUA TAHU ????


BILA KITA AKAN SEDAR ???

Hak keistimewaan Melayu dalam semua bidang masih terus dipersoalkan, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara masih diperkecilkan, Kedudukan Institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu masih lagi dipersenda. Kejujuran dan kesudian orang Melayu menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat dan sama-sama merasai nikmat kemakmoran dan keamanan Negara ini langsung tidak dihargai.


Kini kaum-kaum bukan Melayu dengan angkuhnya mengkritik Dasar Ekonomi Baru, kononnya dasar ekonomi baru bertentangan dengan peraturan ekonomi pasaran. Mereka juga mengatakan dasar tersebut bersifat perkauman atau rasis, yakni dasar itu dikatakan pro-Melayu/Bumiputera dan anti kaum lain, atau dikatakan bahawa DEB adalah dasar diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Akibatnya, kata mereka, pelaburan asing tidak tertarik atau takut-takut untuk melabur di Malaysia, dan ekonomi Malaysia merosot, tidak maju dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru itu. Tetapi kaum-kaum bukan Melayu yang lebih beruntung hasil dari Dasar Ekonomi Baru lansung tidak menghormati matlamat DEB dan terus menerus menidakkan hak dan peluang orang Melayu dalam Tanah Air sendiri.


Mereka terus dengan angkuhnya mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, seolah-olah sengaja mencabar Perlembagaan dan kedudukan orang Melayu. Oleh yang demikian Gagasan Melayu Perak mengajak semua orang Melayu tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik untuk bersatu padu memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

ADAKAH ANDA MENYESAL ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA ????

IKTUILAH CARA BEGINI UNTUK SELAMATKAN BANGSA MELAYU - 

APABILA TIBA MASANYA MAKA ANDA PERLULAH 

KELUAR --
SOKONGLAH PARTI ORANG MELAYU KITE

BAGI 2/3 
APA YANG DIHADAPI SEKARANG INI SAMA SEPERTI KITE MENENTANG MALAYAN UNION DAHULU.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN 
PIKIR-PIKIR LAH 
RENUNG SEJARAH KEMBALI

No comments:

Post a Comment

Popular Posts