KLIK UNTUK SEMAK

Rakan Facebook

Tentang Gagasan Melayu Perak

Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.


VISI :
Berusaha untuk menyatukan melayu khasnya di negeri Perak demi hak melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan dan mempertahankannya bahkan memajukannya serta kedaulatan Raja-Raja dan Agama Islam

Saturday 7 April 2012

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI

KUASA ORANG MELAYU KIAN TERHAKIS AKKIBAT PERPECAHAN SESAMA SENDIRI 
APAKAH AKAN HANCUR KUASA MELAYU DI BUMI INI ????




Saban hari dewasa ini orang Melayu dihimpit oleh desakan dan tekanan dari kaum bukan Melayu yang dulunya menjadi rakan setia memperjuangkan Kemerdekaan Taah Air dan seia sekata memperkotakan persefahaman yang kini tidak lagi menjadi pegangan mereka. 

Hampir semua bidang, ekonomi, pelajaran, bahasa, Institusi Raja-Raja Melayu malah Agama Islam turut dijadiikan isu, tuntutan dan desakan oleh mereka walaupun pihak Kerajaan Malaysia telah mengambil berat tentang kebajikan mereka malah adakalannya tuntutan melebihi apa yang sepatutnya yang termaktub di dalam PERLEMBAGAAN.

Sememangnya perjuangaan kita masih belum selesai , Gagasan Melayu Perak akan memastikan perpaduan Melayu tidak terus berkecai dan terus memastikan harapan mengeratkan silaturrahim masyarakat Melayu-Islam tanpa mengira ideologi politik, orang melayu tidak menjadi pengemis dibumi sendiri.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts